Lain kali bila anda dalam perjalanan, cuba berhenti sekejap. Pandang sekeliling, dengar bunyi kota, lihat warna-warna yang hidup di stesen. Di sinilah kisah kecil Malaysia bermula.
Dengan Singgah Sebentar, Rapid KL menjadikan setiap hentian sebagai ruang untuk anda menemui seni, budaya dan kisah tempatan dengan cara yang segar dan menghiburkan.
Daripada mural kreatif hingga aktiviti mini, setiap pengalaman kecil ini menghidupkan semangat Malaysia. Singgah Sebentar mengajak anda untuk menikmati perjalanan, bukan hanya destinasi.
Tentang Singgah Sebentar
Singgah Sebentar ialah ajakan untuk berhenti sejenak dan menikmati keindahan sekeliling. Setiap hentian Rapid KL kini bukan sekadar tempat persinggahan, tetapi ruang untuk anda meneroka budaya, kreativiti, dan komuniti tempatan.
Kerana kadang-kadang, pengalaman paling menarik berlaku bila kita ambil masa untuk berhenti sekejap.
Ingin tahu apa sebenarnya SinggahSebentar? Bagaimana ia berfungsi? Atau di mana nak cari keseronokannya? Jangan risau, semua persoalan anda ada jawapannya di sini!
Apakah itu kempen Teroka Rapid?
Teroka Rapid ialah kempen city stamp rally anjuran Prasarana Malaysia Berhad di mana peserta boleh mengumpul cap rekaan eksklusif dengan mengunjungi stesen-stesen LRT dan Monorel terpilih sepanjang tempoh kempen.
Bilakah tempoh kempen Teroka Rapid?
Kempen Teroka Rapid akan berlangsung dari 16 Februari 2026 hingga 30 April 2026. Setiap bulan akan mempunyai rekaan cap yang berbeza dan hanya sah untuk bulan tersebut sahaja.
Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
Kempen ini terbuka kepada pengguna Rapid KL berumur 18 tahun dan ke atas yang melakukan sebarang transaksi yang layak dalam tempoh kempen. Peserta di bawah umur 18 tahun mestilah ditemani dan di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
Di manakah lokasi stesen-stesen terpilih untuk mendapatkan cap rekaan eksklusif?
Stesen-stesen terpilih adalah:
LRT Pasar Seni
LRT Ampang Park
Monorel Hang Tuah
LRT USJ 7
LRT Titiwangsa
Bagaimanakah cara untuk menyertai kempen Teroka Rapid?
Untuk menyertai kempen ini:
Tambah nilai kad Touch ’n Go (TnG) atau lakukan sebarang transaksi di mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL atau hab bas terpilih.
Di stesen-stesen terpilih (rujuk senarai di bawah):
Tunjukkan resit pembelian yang sah di Kaunter Khidmat Pelanggan.
Imbas kod QR yang diwajibkan sebagai sebahagian daripada proses penebusan.
Setelah pengesahan dan penghantaran kod QR berjaya, anda akan menerima satu (1) poskad untuk mula mengumpul cop di stesen-stesen terpilih seperti berikut:
LRT Pasar Seni
LRT Ampang Park
Monorail Hang Tuah
LRT USJ7
LRT Titiwangsa
Kunjungi stesen-stesen Rapid KL di atas untuk mengumpul cap-cap rekaan eksklusif di dalam satu (1) poskad.
Setiap poskad memerlukan 5 cap rekaan ekslusif untuk mendapatkan imej yang lengkap.